Assalamualikum semua. dah lame yana tak membebel kat blog yana kan. pada 10hb nov 2012 yg lepas Yana dan Dayang ada menganjurkan kerja amal dengan mengajar anak2 yatim di Rumah Permata Al-insyirah Kuantan. Alhamdulillah.. semua berjalan dengan lancar.. Seramai 7 orang sahaja kanak-kanak perempuan yang menginap di sini. kalau selami hati diaorg. kesian... ada yang diantaranya tiada ibu dan ayah. dalam masa yang sama Yana nak ucapkan terima kasih kepada customer2 Yana Craft yang telah membeli dengan Yana Craft pada 19 okt hingga 9 nov 2012 kerana 15% dari hasil jualan Yana dah dermakan kepada rumah anak yatim ini. InsyaAllah.. ada bahagian kalian di akhirat nanti.. jom kite lihat gambar..
semua xcited dengan kelas felt ni
adik ni kire pemenang la sebab jahitan hasil kraf die sangat kemas
semua dengan hasil kraf masing2
Yana dan Dayang bergambar dengan Anak-anak Yatim Permata Al-Insyirah Kuantan
InsyaAllah kalau ade rezeki lebih lagi yana nak beramal di sini lagi. Seronok bermesra dengan adik2 ni..
kalau nak bersedekah pun boleh juga. ni no akaun
BANK ISLAM - 06082010002562
(PERMATA AL-INSYIRAH)
Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:
“Dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, dan
kaum kerabat, dan anak-anak yatim serta orang-orang miskin.”
(Al-Baqarah: 83)
Ganjaran yang diberikan terhadap perlakuan baik kepada anak
yatim amat besar di sisi Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Begitu juga,
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam mengkhabarkan tentang
kedudukan mulia di syurga bagi orang yang menjaga anak yatim.